Tema Jendela Menghadap Jalan

TEMA JENDELA MENGHADAP JALAN

Kecekalan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan


Semasa berada di Kampung sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di kuala Lumpur untuk mengadu masalah. Dia berusaha sedaya upaya menempuh ujian dengan semangat yang kental. Walaupun pernah ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk, peristiwa itu tidak mematahkan semangatnya. Peristiwa itu menguatkan keinginannya lagi untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq dan seterusnya cuba membantu. Lili cekal mengikuti perkembangan kisah jendela rumah di kampung itu  yang menghadap jalan.